Wednesday 15 March 2017

Kacang Putih

Ini bukanlah restoren atau tempat makan-makan, tetapi ia adalah kudap-kudapan yang kita beli untuk dibawa pulang.

Kalau anda hendak mengadakan majlis makan, kenduri kawin atau berhari raya dan tak ada idea bagaimana hendak menghidang tetamu anda, datanglah ke Kampung Kacang Puteh, Buntong, Ipoh. Di Kampong Kacang Puteh ini ada banyak kedai-kedai yang menjual kacang putih dan muruku dengan banyak dan harganya murah.

Boronglah kacang putih, muruku dan goreng-gorengan pilihan anda di mana-mana kedai kacang putih di Kampong Kacang Putih ini. Nak yang putih? Hijau? Kuning? Merah? Pedas? Tawar? Manis? Masin? Semuanya ada di sini.

Kalau anda borong banyak-banyak di kedai D.N.S, anda pasti diberi beberapa bungkus kacang putih PERCUMA! Tak ke best tu! "Betul-betul Ipoh Mali!"
 
Bak kata oghang Ipoh " Ipoh Mali, Ipoh Mali , Ipoh Mali Talaaa Sombong" .
 
 
Dia punya bungkusan dia pergh berlonggok

Shabu Shabu Steamboat Manjung , Perak

Shabu Shabu Steamboat terletak di kawasan belakang Kamdar Seri Manjung, Perak
Menu utama yang disajikan di Shabu Shabu Steamboat ini ialah aneka BBQ dan Steam Boat.. Selain daripada itu terdapat juga menu sampingan lain seperti nasi Goreng, mee Goreng, Bihun Goreng, maggi Goreng, kuih muih dan lain-lain..Bagi pegemar steamboat boleh lee try kedai ni mana tahu kenan ngan hati or tekak tuh.
Signboard kedai yang menarik.

 Biasanya orang suka pergi time dinner.. Masanya lebih panjang.. Boleh datang dari jam 5 petang sehingga jam 11.30 malam.. Dalam tempoh tu bolehlah makan sepuas-puasnya sampai kenyang.. ;) Selalunya orang akan ikat perut dari pagi untuk makan steamboat ni sebab baru puas Katanya.Dekat restoran ini korang kena layan diri sendiri.. Pandai-pandailah anda nak pilih makanan  yang anda suka.. Pihak restoran hanya menyediakan keperluan anda dekat pelbagai sudut yang terdapat di restoran ini..
 
Wifi itu yg penting untuk attract pelanggan
 
Korang tak boleh membazirkan makanan dekat sini.. Para pelanggan akan didenda sebanyak RM5.00 bagi setiap gram makanan yang tidak habis di makan.. Pastikan ukur makanan di perut sendiri.. Jangan mengambil makan disebabkan terlalu mengikut nafsu.. Tersilap strategi, nanti kena bayar lebih.. So berjaga-jagalah.

Makan kena lah beringat
 
 
 
Jadi, ini merupakan restoran yang boleh saya syorkan kepada anda.. Sekiranya anda berpeluang untuk mencari makanan di Manjung.

Harganya berpatutan.. Makanannya sedap..Banyak pilihan.. Cuma.. Korang kena ingat satu perkara.. Berhenti sebelum kenyang.. Nanti kalau dah terlalu kenyang, tak larat pula nak drive  kereta.. Terbaik daripada  Shabu Shabu Steamboat Manjung, Perak
 
WAzzuppp....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cendol Bismillah , Taiping

Pergh kalau petang tengah panas camni kalau dapat perkena cendol perghhhhh...

Apa lagi moh le kita basahkn tekak kt Cendol Bismilah.

Bukan nk sembang apa lah sebab Cendol Bismilah ni Kedai Cendol pertama yang dibuka di Taiping pada tahun 1993 cek oi.Awok pun tklahir lagi.Cendol Bismilah ni diuruskan oleh India muslim. So kedai dia nampak lah klasik sikit atau orang panggil 'Old school maghi'.Kedai dah old school tkkan cendol moden pulak kan so cendol ini orang gelar 'Very old school cendol'.Rasa manis dia jangan cakap lah cemana macam lori gula terbalik dalam semangkuk tuh. Manis cukup semua cukup tkda benda yang miss pun dalam cendol tuh.

Takdelah susah mana nk cari kedainya sebab dari jauh boleh nampak dengan orang yang pdat.

Tkkan duk kedai ni nk perkena cendol ja. Bak kata orang lagi sedap perkena dengan Pasembor sebab kombinasi yang menarik bagai isi dengan kuku.

Time petang memang ngam nk melepek kedai ni.


Image result for cendol bismillah taiping
The old skull cendol maghi                 










Saturday 11 March 2017

Mee Kari Daud Mat Jasak

Bagi mereka yang ingin bersarapan pagi tu mungkin ada beberapa pilihan menu popular di Ipoh ni seperti Mee Kicap, Mee Kari Daud Mat Jasak, Roti Telur Goyang dan banyak lagi. Tetapi nama menu yang aku sebutkan tu merupakan antara menu yang amat popular sekali apabila bersarapan pagi.

Penuhnya kedai ni cam sedap ja
Busy abang ni siapkan sarapan pagi
Lokasi popular untuk menu Mee Kari Daud Mat Jasak adalah berdekatan dengan UTC Ipoh. Kedainya di tepi jalan je, korang boleh rujuk gambar mana rupa kedainya. Rasa mee karinya memang best dan kalau korang pertama kali rasa, confirm la rasa nak hirup sampai habis kuahnya tu sebab sedap sangat..
 

Mee Rebus Mastan Ghani

Mee Rebus Mastan Ghani
  • Mee rebus Mastan Ghani sangat terkenal di kalangan orang Perak. Siapa yang datang Teluk Intan wajib rasa makanan ini.
  • Sudah terdapat beberapa cawangan Restoran Mastan Ghani namun lebih seronok jika makan di kedai lama mereka di Jalan Bandar berdekatan dengan Menara Condong.
  • Kedai lama kecil dan sempit ini memang tak berubah selepas 30 tahun. Jika mahu ruang yang luas dan selesa, boleh ke Jalan Selat, Teluk Intan, iaitu jalan menuju ke Kampung Gajah sebelum jambatan merentasi Sungai Perak.
  • Selain Mee Rebus, rojak Mastan Ghani adalah antara menu popular yang wajib rasa.

Image result for mee rebus mastan ghani
Kecik tapi padu
Image result for mee rebus mastan ghani
kedai first Mastan Ghani bukak before tubuhnya cawangan lain.

21 Grilled Ipoh

Adakah anda tahu bahawa anda boleh mencari sebuah restoran yang menarik yang kelihatan seperti kedai makanan segera di Ipoh? Ya, anda membaca dengan betul. 21 Grilled adalah kedai makan oren bertemakan yang kelihatan seperti dan mempunyai konsep yang sama secepat francais makanan, kecuali bahawa ia berkhidmat kualiti dan hidangan Barat buatan sendiri. Hanya dengan melihat dari luar, anda akan tertarik untuk datang ke restoran tersebut untuk mencuba apa yang mereka tawarkan. Dengan '21 Grilled 'papan tanda dan oren dinding lukisan besar dan kreatif, sesiapa sahaja boleh melihat kedai ini dari jauh. Dalaman ini juga dipenuhi dengan warna oren di setiap sudut, beberapa oren dan perabot putih, dan kaunter pesanan sama seperti lain-lain makanan segera restoran dengan menu paparan yang menunjukkan foto lazat burger.

 Orang biasanya datang ke sini terutamanya untuk burger itu. Dikatakan bahawa mereka menawarkan raksasa burger bersaiz menggunakan resipi daging / patty mereka sendiri iaitu homemade. Terdapat pelbagai pilihan burger yang anda boleh memilih dari, tetapi salah satu yang paling disyorkan adalah Mexico Cheezy Beef Grill. patty adalah besar, tebal, berair, dan penuh dengan perisa. Ia juga sangat baik panggang; tidak terlebih masak atau kurang masak. Anda juga boleh cuba hidangan tandatangan mereka - 21 panggang Monster Burger. Penuh dengan sos lazat, keju cair, salad, dan lazat daging patty, yang satu ini pasti mesti cuba. Selain daripada burger lazat, mereka juga menyediakan pelbagai minuman dari Kopi 21 & Co yang merupakan perniagaan francais yang semakin meningkat yang perlahan-lahan mendapat nama di seluruh Malaysia. Untuk makanan yang berkualiti baik, suasana yang baik, dan perkhidmatan yang berkesan, 21 Grilled pasti harus dalam wajah anda daripada senarai.

Besar tak Besar burger dia


Alamat

87, Regat Sri Cempaka, Taman Cempaka, 31400, Ipoh, Perak

Nombor untuk dihubungi

0136106687

Status

Halal a81b201f94b2180a29928950eefa06850871fc85c2ba8fcb39753bdbcdfb49cfCertified
halal

Waktu beroperasi

Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, Sunday
03:00PM—11:45PM


Image result for 21 grilled Ipoh
Tebalnya dan nampak sangat menarik



Friday 10 March 2017

Nasi Ganja Moh le kita

Assalammualaikum!

Busy sikit minggu ni sebab kena outstation merata tempat. Demi mencari sesuap nasi la katakan. Amacam? Dah bulan tiga ni berapa banyak makanan yang rare dah korang dah jumpa ? Hahaha kot-kot la ada yang gigih  tetiap bulan nak cari makanan sedap kt Perak ni ....aku tak mampu huhuhu.

Anyway, kali ni, nak cerita pasal makan. Pernah dengar pasal Nasi Ganja? Aku rasa ramai yang pernah try makan nasi ganja ni. Kalau ke Ipoh, Perak jangan lupa try ok! Katanya trademark di Ipoh, kalau tak pernah cuba adalah sangat merugikan.
Image result for exit ipoh selatan
Moh le ke sini teman-teman
So memandangkan aku ni nama je lahir dan pernah la duduk kat Ipoh tu, tapi aku sendiri baru first time try makan Nasi Ganja yang digembar-gemburkan tu. Hahaha lawak jugak bila pikir, orang lain dah lama kot sampai situ, aku ni baru 2-3hari lepas je jejak. Itu pun sebab member aku yang ajak makan. haha.

Ok apa sebenarnya nasi ganja?

Nasi Ganja ni sebenarnya nasi kadar je, ala nasi kandaq bak kata orang Penang. Tapi tatau la apa ke jadah nama dia boleh jadi nasi ganja. Mungkin sebab bila kita dah rasa, teringat-ingat sampai sekarang kot. Itulah istimewanya nasi ganja ni.

Lauk pauk utama adalah ayam goreng, dan telur masin, disiram pulak dengan kuah kari ikan dan bendi. Lepas tu ada sambal kelapa yang special. So korang bayangkan lah sendiri macamana rasa dia, aku tak boleh nak pos rasa nasi ganja ni kat sini, setakat pos gambar boleh le.

Lokasi?

Bagi penduduk Ipoh, mungkin dah familiar la kot dengan lokasi restoran ni. Jangan terkejut pulak, sebenarnya restoran ni adalah sebuah restoran Cina, tapi yang jual nasi ganja ni adalah India Muslim yang berkongsi kedai dengan restoran Cina ni.

Nama restoran adalah Yong Suan Restaurant terletak di Jalan Yang Kalsom. Untuk alamat restoran adalah seperti berikut:-

Nasi Kandar Yong Suan (Nasi Ganja)
Jalan Yang Kalsom
30250 Ipoh, Perak. 

Gambar ni aku ambik kat Google je. 
Masa mula-mula sampai kat kedai ni, terkejut jugak tengok bukan main ramai manusia pelbagai bangsa tengah beratur sampai ke luar kedai, walhal baru je pukul 2.30 pagi. Sampai-sampai je terus kami pun masuk dalam barisan. Lepas tu ane tukang ambil order tu bagitau kat kami, kalau nak makan kat situ tak perlu beratur, boleh terus duduk di meja. Yang beratur tu untuk yang nak tapau bawak balik je.
Tudia panjang aih sebab perut lapar dengan nak rasa penangan Nasi Ganja sanggup beratur

Setelah ditunggu-tunggu akhirnya dapat juga penangan Nasi Ganja
Oooooooo barula paham. So kami pun duduk je la kat meja sementara ane ambik order tu mengambil order kami. So rasanya menu dia takde la pelbagai tapi memang menu nasi kandar ni, standard la macam menu nasi kandar di Penang tu. 
Busy sangat ni


Untuk order air pulak, bukan ane tadi yang ambik order, tapi ada nyonya yang bekerja di Restoran Yong Suan tu yang ambil. Haaaa unik kan. Macam biasa, waktu tengahari memang penuh la restorang Yong Suan ni.

Mengikut sejarah, Restoran Yong Suan ni telah dibuka sejak tahun 1960 an, dan bertahan hingga sekarang. Kalau tengok keadaan restoran pun boleh tahu la, sebab senibina klasiknya masih kekal utuh.

Sekali rasa, Nasi Ganja ni memang ada keistimewaannya la... boleh tahan la sedapnya dan tak hairan kalau ada yang sanggup datang tetiap minggu beratur depan kedai semata-mata nak beli Nasi Ganja ni. Power lah. InsyaAllah ada rezeki aku nak datang lagi dan makan Nasi Ganja kat sini!

Psttt: Kalau nak makan kat sini kene datang awal sebab kalau datang waktu tengahari memang kompom restoran ni penuh!

Psttt 2: Restoran Nasi Kandar ni tak ada cawangan di mana-mana. Kat sini ajelah satu-satunya tempat Nasi Ganja ni.

Ayuh lee teman-teman semua.