Friday 10 March 2017

Nasi Ganja Moh le kita

Assalammualaikum!

Busy sikit minggu ni sebab kena outstation merata tempat. Demi mencari sesuap nasi la katakan. Amacam? Dah bulan tiga ni berapa banyak makanan yang rare dah korang dah jumpa ? Hahaha kot-kot la ada yang gigih  tetiap bulan nak cari makanan sedap kt Perak ni ....aku tak mampu huhuhu.

Anyway, kali ni, nak cerita pasal makan. Pernah dengar pasal Nasi Ganja? Aku rasa ramai yang pernah try makan nasi ganja ni. Kalau ke Ipoh, Perak jangan lupa try ok! Katanya trademark di Ipoh, kalau tak pernah cuba adalah sangat merugikan.
Image result for exit ipoh selatan
Moh le ke sini teman-teman
So memandangkan aku ni nama je lahir dan pernah la duduk kat Ipoh tu, tapi aku sendiri baru first time try makan Nasi Ganja yang digembar-gemburkan tu. Hahaha lawak jugak bila pikir, orang lain dah lama kot sampai situ, aku ni baru 2-3hari lepas je jejak. Itu pun sebab member aku yang ajak makan. haha.

Ok apa sebenarnya nasi ganja?

Nasi Ganja ni sebenarnya nasi kadar je, ala nasi kandaq bak kata orang Penang. Tapi tatau la apa ke jadah nama dia boleh jadi nasi ganja. Mungkin sebab bila kita dah rasa, teringat-ingat sampai sekarang kot. Itulah istimewanya nasi ganja ni.

Lauk pauk utama adalah ayam goreng, dan telur masin, disiram pulak dengan kuah kari ikan dan bendi. Lepas tu ada sambal kelapa yang special. So korang bayangkan lah sendiri macamana rasa dia, aku tak boleh nak pos rasa nasi ganja ni kat sini, setakat pos gambar boleh le.

Lokasi?

Bagi penduduk Ipoh, mungkin dah familiar la kot dengan lokasi restoran ni. Jangan terkejut pulak, sebenarnya restoran ni adalah sebuah restoran Cina, tapi yang jual nasi ganja ni adalah India Muslim yang berkongsi kedai dengan restoran Cina ni.

Nama restoran adalah Yong Suan Restaurant terletak di Jalan Yang Kalsom. Untuk alamat restoran adalah seperti berikut:-

Nasi Kandar Yong Suan (Nasi Ganja)
Jalan Yang Kalsom
30250 Ipoh, Perak. 

Gambar ni aku ambik kat Google je. 
Masa mula-mula sampai kat kedai ni, terkejut jugak tengok bukan main ramai manusia pelbagai bangsa tengah beratur sampai ke luar kedai, walhal baru je pukul 2.30 pagi. Sampai-sampai je terus kami pun masuk dalam barisan. Lepas tu ane tukang ambil order tu bagitau kat kami, kalau nak makan kat situ tak perlu beratur, boleh terus duduk di meja. Yang beratur tu untuk yang nak tapau bawak balik je.
Tudia panjang aih sebab perut lapar dengan nak rasa penangan Nasi Ganja sanggup beratur

Setelah ditunggu-tunggu akhirnya dapat juga penangan Nasi Ganja
Oooooooo barula paham. So kami pun duduk je la kat meja sementara ane ambik order tu mengambil order kami. So rasanya menu dia takde la pelbagai tapi memang menu nasi kandar ni, standard la macam menu nasi kandar di Penang tu. 
Busy sangat ni


Untuk order air pulak, bukan ane tadi yang ambik order, tapi ada nyonya yang bekerja di Restoran Yong Suan tu yang ambil. Haaaa unik kan. Macam biasa, waktu tengahari memang penuh la restorang Yong Suan ni.

Mengikut sejarah, Restoran Yong Suan ni telah dibuka sejak tahun 1960 an, dan bertahan hingga sekarang. Kalau tengok keadaan restoran pun boleh tahu la, sebab senibina klasiknya masih kekal utuh.

Sekali rasa, Nasi Ganja ni memang ada keistimewaannya la... boleh tahan la sedapnya dan tak hairan kalau ada yang sanggup datang tetiap minggu beratur depan kedai semata-mata nak beli Nasi Ganja ni. Power lah. InsyaAllah ada rezeki aku nak datang lagi dan makan Nasi Ganja kat sini!

Psttt: Kalau nak makan kat sini kene datang awal sebab kalau datang waktu tengahari memang kompom restoran ni penuh!

Psttt 2: Restoran Nasi Kandar ni tak ada cawangan di mana-mana. Kat sini ajelah satu-satunya tempat Nasi Ganja ni.

Ayuh lee teman-teman semua.

No comments:

Post a Comment